Saya berasa sungguh malas dan bosan.
Jadi, saya ingin membuang masa terluang saya ini dengan menulis blog ini dalam bahasa melayu dan juga dalam ayat yang lengkap dan ejaan yang penuh. =)
*saya rasa ada satu kesalahan ayat di dalam petikan di atas.. tetapi saya rasa sungguh malas mahu mengubahnya.
Pada masa ini, saya tengah membaca sebuah buku yang bertajuk 'The Murder of Bindy Mackenzie'. Bagi saya, buku ini amat menarik tetapi amat menyakitkan hati. Ini adalah kerana Bindy ini adalah seorang insan yang suka mengutuk orang dan menganggap bahawa dia yang terbaik. Entah, saya pun tak tahu kenapa.. Tapi saya tidak suka perangainya ini tetapi Bindy ini seorang yang kelakar kerana cara pemikirannya itu amat menggelikan hati.
Saya rasa itu sahaja yang boleh saya fikirkan mengenai buku itu.
Otak saya berasa sungguh letih akibat memerah otak mengenai buku itu.
Saya rasa untuk ini sahaja.
mwah mwah mwah!
Ps : Saya tak tahu macam mana mahu buat itu Cbox. Lol
No comments:
Post a Comment